Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum mereka dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata strategi itu bertujuan merawat kes-kes pesakit COVID-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 kategori satu dan dua yang tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima.

Beliau berkata hospital berkenaan yang terletak di Dewan B akan menyediakan fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekanan darah dan negative pressure tent dengan menempatkan 30 katil bagi kategori tiga dan empat manakala di luar dewan sebuah khemah untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 10 katil.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan meningkatkan jumlah petugas di sini termasuk pakar penyakit berjangkit dan intensivis yang boleh mengendalikan kes COVID yang lebih kompleks dan melibatkan rawatan rapi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke PKRC MAEPS 2.0 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Dr Adham berkata PKRC MAEPS 2.0 yang beroperasi sejak 9 Dis lalu akan mula menempatkan 10,000 pesakit COVID-19 kategori satu dan dua bermula 18 Jan ini.

“Saya telah meninjau tempat baharu yang hendak diisi dan tempatnya adalah kondusif kerana persiapan begitu teliti dan rapi termasuk juga tempat khas untuk keluarga yang positif COVID-19.

“PKRC MAEPS 2.0 juga akan menerima pesakit COVID-19 kategori satu dan dua yang telah sembuh daripada kategori tiga, empat dan lima yang dirawat di hospital COVID-19 selain pesakit dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, mengenai rawatan di rumah sekiranya ada yang positif COVID-19, Dr Adham berkata, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan ditubuhkan di setiap daerah seluruh negeri dengan kebenaran dan penilaian daripada pegawai kesihatan daerah.

“Mereka yang asimptomatik dan mempunyai tempat untuk diasingkan di dalam rumah akan dipertimbangkan. Sekiranya datang dari rumah sempit dan sesak serta mempunyai penyakit sampingan, kami tidak benarkan dan perlu ke hospital,” katanya.

Mengenai perkembangan vaksin, Dr Adham berkata KKM telah menerima senarai nama 500,000 petugas barisan hadapan daripada kementerian itu yang akan divaksinkan bagi fasa pertama bulan depan.

Dalam perkembangan lain menjawab dakwaan Skim Perlindungan MySalam dimansuhkan, Dr Adham berkata skim tersebut masih diteruskan termasuk kaunter MySalam masih beroperasi di setiap hospital bagi membantu pesakit yang layak mendapatkan bantuan skim tersebut.

— BERNAMA

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Sebaran intipati Mesyuarat MPT Bersatu palsu – Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR, 6 Mac  - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada...

Dua Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak hari ini menyertai BERSATU. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Mereka adalah ADUN...

Bayaran Ujian Pengesanan COVID-19 Dikecualikan Untuk 18,600 Pelajar IPT

Kerajaan mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong...

Putusnya Hubungan UMNO-BERSATU Ada Implikasi Besar

BERSATU berpandangan bahawa pendirian UMNO untuk tidak lagi bekerjasama akan memberi kesan besar terhadap kedua-dua parti itu pada masa hadapan. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri...

Setahun Usia PN, BERSATU Seru Stabilkan Gagasan

BERSATU melihat tempoh setahun selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan semangat kerjasama di antara parti-parti yang terlibat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah...