Hannah Tegah Staf KBS Tunggu Berjam-Jam, Kurangkan Program Hari Ahad

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menegaskan beliau dan timbalannya, Adam Adli Abdul Halim tidak perlukan protokol berlebihan di kementerian itu dengan warganya terpaksa berdiri dan menunggu berjam-jam bagi menyambut kehadiran mereka selain menunduk hormat.

Hannah berkata sebaliknya cukup dengan warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan dan menjayakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.

“Itu sudah memadai dan menjadi tanda kalian menghormati kami. Setiap polisi dan program kita mesti berdasarkan data, supaya berkesan kepada golongan sasar atau pihak pemegang taruh kita,” katanya dalam amanat pertama kepada warga KBS selepas enam minggu menerajui kementerian itu.

Beliau juga mahu memperbanyak program dengan kos yang rendah tetapi mempunyai impak besar kepada majoriti rakyat, terutamanya di kawasan pedalaman dan peringkat akar umbi.

Hannah juga meminta warga kementerian itu mengurangkan program pada Ahad supaya mereka dapat masa untuk berehat dan meluangkan bersama keluarga.

– Bernama

BBerkaitan

Latest articles