fndnet.my tawar platform kembang rangkaian perniagaan bawah satu bumbung

Find Network & Deal (FND) menawarkan perkhidmatan mengembangkan perniagaan usahawan di bawah satu bumbung.

Menerusi www.fndnet.my, rangkaian ini menjanjikan tiga kategori perniagaan di dalam platform merangkumi usahawan, syarikat dan pelabur.

“Antara kelebihan platform ini iaitu semua usahawan adalah usahawan sah dan setiap perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan juga akan diberikan rating (penilaian bintang).

“FND juga sedang bekerjasama dengan pihak bank dan agensi kewangan kerajaan untuk turut serta mempromosikan tawaran dan geran kepada usahawan yang mencapai rating yang paling tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Riza Imam Maskor.

Mohd Riza Bin Imam Maskor
CEO FNDNET.MY

Menurut Mohd Riza, platform ini merupakan pusat sehenti yang menghimpunkan semua perniagaan di bawah satu bumbung sambil mengembangkan rangkaian mereka.

“Objektif fndnet.my adalah mengenal pasti dan mengatasi kelemahan usahawan dari segi pengurusan perniagaan dan membina jaringan perniagaan.

“Sekiranya usahawan memerlukan pembiaya, mereka perlu sediakan kertas kerja atau bukti perkembangan perniagaan mereka dan mereka boleh menghantar permohonan melalui fndnet.my untuk dinilai oleh pembiaya hingga ke proses perbincangan,” katanya.

FND menawarkan pendaftaran secara percuma kepada usahawan yang berminat menggunakan perkhidmatan platform berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles