Firdaus Lihat Mesej Ebit Kepada Mangsa – “Minta Suami Ceraikan Awak, Saya Bayar Awak”

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual dihadapi Ebit Lew semakin panas, apabila saksi yang juga pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memberi keterangan bahawa dia ada melihat beberapa mesej dan gambar lucah dalam telefon bimbit milik wanita yang mendakwa menjadi mangsa, termasuk gambar kemaluan lelaki.

Firdaus, atau nama sebenar, Firdaus Wong Wai Hung, 39, memaklumkan mesej dan gambar lucah berkenaan dilihatnya secara terus daripada telefon bimbit wanita berkenaan melalui aplikasi WhatsApp ketika dia bertemu pengadu itu yang hadir bersama suami selepas laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti terbabit pada 7 Ogos 2021.

“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp, ‘minta husband you (suami kamu) ceraikan you, I (saya) bayar you’,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada prosiding hari ini.

Malaj antara pesanan lain yang dilihat dan didengarnya adalah satu mesej suara dihantar kepada pengadu yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.

Firdaus yang merupakan pengasas dan presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM), menyambung keterangannya pada prosiding yang bersambung hari ini sehingga Khamis selepas ditangguhkan pada 30 September lalu.

Perbicaraan kes yang bermula 27 September lalu telah menampilkan tiga saksi.

Dalam pada itu Firdaus turut memberitahu mahkamah, dia melihat terdapat gambar kemaluan lelaki yang dihantar kepada pengadu dalam perbualan wanita itu dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37.

Pada 18 Februari lalu, pendakwah selebriti berkenaan didakwa atas 11 pertuduhan, termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Tertuduh antara lain didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit Lew sebelum ini dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pendakwah selebriti berkenaan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

BBerkaitan

Latest articles