Fadillah Dedah Pembangkang Tidak Kemuka Surat Peruntukan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menolak dakwaan Kerajaan Perpaduan enggan menyalurkan peruntukan kepada pembangkang.

Sebaliknya beliau mendedahkan, sehingga kini ahli-ahli parlimen pembangkang belum menghantar surat memohon peruntukan, walaupun kerajaan telah membuat pelawaan dari awal.

“Dia orang tidak ada hantar surat permohonan sampai sekarang,” katanya seperti mana laporan FMT.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Ahli Parlimen pembangkang yang enggan berbincang dalam soal peruntukan wakil rakyat.

Sedangkan, Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya mengamalkan kaedah yang sama dengan pimpinan terdahulu, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu perbincangan dengan pihak pembangkang untuk mencapai persetujuan.

Anwar memberitahu kerajaan melantik Fadillah untuk mengendalikan perbincangan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan menegaskan ia secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada pembangkang namun hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.

Bahkan, Anwar menolak dakwaan kononnya pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan, sedangkan Parlimen Ketereh yang diwakili Perikatan Nasional (PN) menerima 61 projek persekutuan bernilai RM2.12 juta.

Begitu juga di Parlimen Sik menerima 73 projek bernilai RM3.7 juta.

Anwar turut meminta pembangkang menyatakan isu dengan jelas bahawa persoalan mereka berkaitan peruntukan untuk Ahli Parlimen, dan bukan peruntukan untuk pembangunan.

BBerkaitan

Latest articles