Dr Adham Berani, Kuasa Menteri Guna Akta 342 Laksana PKP Untuk Bendung Covid-19

Covid-19 adalah satu wabak kesihatan global yang akan menguji kepakaran, kemahiran dan profesionalisme mereka yang berada di barisan hadapan, baik pasukan kesihatan, menteri dan kerajaan secara amnya.

Pengurusan Covid-19 di Malaysia mungkin sedikit berbeza dengan negara-negara yang lain, sehingga ramai yang melontarkan pujian dan penghargaan kepada negara ini bagaimana ia mampu mengawal jumlah penularan sehingga kematian hanya direkod sebanyak 118 kes (sehingga artikel ini ditulis), mengatasi negara-negara lain yang mencatatkan sehinga berpuluh dan beratus ribu kes kematian.

Sebenarnya ramai yang tak sedar berkenaan Akta 342 yang digunakan sebagai pelan kawalan wabak, termasuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam beberapa fasa sepanjang tiga bulan ini.

Malah ramai juga yang tidak tahu bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang bertindak sebagai ‘penggerak’ kepada akta ini untuk segera dilaksanakan sebaik sahaja bertukar kerajaan pada Mac lalu.

BAB POLISI KAWALAN WABAK COVID-19, KREATIVITI DR ADHAM BABA JAUH DI DEPAN BERBANDING MAHATHIR, DZULKEFKY AHMAD Ketika…

Gepostet von ‎فن عرفاني‎ am Dienstag, 9. Juni 2020

Walhal Covid-19 mula ‘memasuki’ negara kita sejak awal tahun ini, dan bagaimana menteri kesihatan ketika itu, Dr Dzulkefly Ahmad malah perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ‘menjumpai’ akta ini.

“Sehingga 31 Ogos Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan kelmarin pun, juga disusun oleh pasukan Dr Adham Baba berdasarkan Akta 342 ini.

“Secara literal, Akta 342 ini sangat memberi kuasa yang begitu luas kepada seorang Menteri, hatta Perdana Menteri, barisan jemaah Menteri, PDRM, DG serta barisan utama lain nak bergerak dalam tempoh PKP pun mesti mendapat kebenaran daripada Menteri Kesihatan.

“Secara perundangan juga, yang menentukan kawasan mana merah, kuning dan hijau pun, menurut Akta, ditentukan oleh Menteri Kesihatan.

“Bahkan, kalau nak kata betapa signifikannya Akta 342 ini dalam membuat PKP memang telah ada dalam pemikiran Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum 18 Mac 2020 sendiri, aku sangat percaya Ketua Pengarah Kesihatan (DG) yang semua kita sanjungi itu, mesti lebih awal akan menasihatkan pentadbiran Mahathir supaya menyegerakan PKP,” demikian perkongsian seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Fan ‘Arfani.

Malah kini, ketika Malaysia memasuki fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), graf melengkung yang diperolehi dari kes-kes berkenaan Covid-19 sehingga ke hari ini merupakan jasa Dr Adham yang ramai tidak ketahui berkenaan kepentingan pelaksanaan akta ini.

Sebelum ini ramai mencemuh Dr Adham yang tampil dengan nasihat air kosong sebagai pelindung dari jangkitan virus berbahaya ini, dan menjulang Dr Dzulkefly yang kononnya sentiasa mengemaskini info Covid-19 melalui ciapan di Tweeter meskipun pada hari-hari terakhir kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Dzulkefly yang kata sangat profesional sampai asyik ciap kes-kes positif Covid-19 sampai saat akhir sebelum melepaskan jawatan Menteri Kesihatan pun tak terjumpa Akta 342.

“Dr Adham Baba yang juga “Akta 342”, kemudahan memulakan idea PKP berdasarkan peruntukan kuasa sebagai Menteri menurut Akta tersebut.

“Bagi aku lah, bab polisi kawalan wabak, Mahathir tak pandai tera mana sangat pun berbanding kreativiti Dr Adham Baba dalam membuat pelan operasi PKP berdasarkan Akta 342,” ujar penulis lagi.

Peranan Dr Adham dan pelaksanaan Akta 342 ini, sekaligus dapat menepis dakwaan ramai pihak, terutama pembangkang bahawa ia sekadar ‘idea politik suka-suka’.

Sesetengah pihak ingat PKPB yang dilaksanakan sebelum ini tak ada apa-apa langsung punca kuasa berdasarkan undang-undang…

Gepostet von ‎فن عرفاني‎ am Dienstag, 9. Juni 2020

BBerkaitan

Latest articles