Dr Adham Baba Gagal Atau Berjaya Sebagai Seorang Menteri?

Berjemaah pembangkang hentam dan meminta untuk Datuk Seri Dr Adham Baba meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan kerana tidak melakukan tugas dengan baik serta membiarkan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) berseorangan di medan perang.

Mengapa perlu menganggap bahawa KPK yang setiap hari melakukan sidang media dibiarkan berseorangan soal Tesh Kumar melalui facebooknya hari ini.

 

DR ADHAM BABA GAGAL ATAU BERJAYA SEBAGAI SEORANG MENTERI?

Berjemaah pembangkang hentam dan meminta untuk Datuk Seri Dr…

Posted by Tesh Kumar on Saturday, January 30, 2021

 

Tambahnya Kerana itu sahaja kita melihat sebagai netizen di media sosial. Tidak tahu apa yang dilakukan di belakang tadbir. Sebelum ini sering kali kita juga disajikan gambar2 mesyuarat Dr Adham Baba bersama pasukannya setiap pagi di pejabatnya. Ni juga antara komitmen yang diberikan selaku seorang Menteri.

Kenapa kita tidak menerima perkara ini sebagai satu usaha baik dalam memberi kebebasan, pengiktirafan serta peranan penting kepada penjawat awam. Jarang kita lihat penjawat awam diberi tanggungjawab seperti kerana sering kali para Menteri akan menjadi “puppet” dengan hanya membaca apa yang disediakan oleh penjawat awam. Tetapi dalam soal ini tidak, penjawat awam diberi peranan penting supaya kerja lebih efisen.

Tambahnya lagi disebabkan kita tidak atau kurang melihat keterlibatan Dr Adham Baba maka tidak boleh sewenang-wenang melabel beliau tidak melakukan tugas Menteri dengan baik.

Adakah membuat sidang media “job scope” utama? Sentiasa muncul dalam TV baru boleh dipanggil Menteri? soalnya lagi.

Adakah kita sebagai netizen mengambil tahu apa yang Dr Adham Baba lakukan siang dan malam di pejabat serta di lapangan? Tentunya tidak, kerana kita sudah meletakkan satu prejudis yang salah dan stereotaip bahawa tak buat sidang media maka beliau tak buat kerja.

Beliau yang turut menyenaraikan antara komitmen Dr Adham Baba sepanjang menjawat tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan:

  1. Pembinaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS dalam masa 4 hari
  2. Pembinaan Hospital Bersepadu MAEPS
  3. Memastikan perolehan vaksin n mewujudkan Pelan Imunisasi Kebangsaan
  4. Kajian Klinikal Fasa Tiga Dengan Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS)
  5. menandatangani dokumen Terms Sheet dengan 2 syarikat pembekal vaksin iaitu syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. pada 26 Januari 2021 untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin yang meliputi 28.75% dari populasi rakyat Malaysia
  6. Kerajaan Jepun Sumbang Peralatan Perubatan Bernilai RM19 Juta
  7. Aktiviti dry run penghantaran vaksin ke kawasan pedalaman
  8. Memastikan adanya Pakej Bantuan Khas – peruntukkan keperluan barisan hadapan
  9. Kemasukan 3500 pekerja kontrak
  10. Penambahan kapisiti KKM di Sabah
  11. Mendapat sumbangan dari pelbagai pertubuhan dan syarikat
  12. pelarasan gaji Pegawai Perubatan Kontrak UD41 Ke UD43

Senarai di atas adalah hanyalah sebahagian dari pencapaian Dr Adham Baba. Malah terdapat banyak lagi usaha yang telah dilakukan oleh beliau.

Tengah Malam pukul 12 pun beliau masih bekerja keras dan sanggup turun ke lapangan (KLIA). Tugasnya bukan sahaja melibatkan soal COVID-19 tetapi juga perlu memberi fokus yang sama kepada penyakit-penyakit lain, kesihatan awam, perancangan dasar, pembinaan hospital dan program-program kesihatan.

Dr Adham Baba ketika melawat KLIA sewaktu penularan kes ekoran PRN di Negeri Sabah

Jadi disebabkan kurang keterlibatan (visibility), maka tidak patut kita melabelkan seseorang itu tidak melakukan kerja. Masing-masing ada fokus tugasnya sendiri.

Tambahnya ramai pemimpin di luar sana, melakukan kerja tanpa menginginkan publisiti atau pujian dari orang ramai. Yang penting fokus dalam menjalankan amanah di beri serta membela rakyat.

Keluar dalam TV bukan jobscope utama Menteri pun!

Dr Zul (Mantan Menteri Kesihatan) minta Dr Adham letak jawatan kerana gagal mengurus situasi pandemik ini. Adalah beliau bercakap di hadapan cermin? Soal yang sama harus ditanya kelada beliau. Adalah beliau gagal menjalankan tugas sebagai Ketua Task Force Covid-19 Negeri Selangor? Kes di negeri Selangor mencatatkan jumlah tertinggi berbanding negeri lain serta terus meningkat secara drastik.

Sebelum menuduh orang lain tak buat kerja, lihat dahulu diri sendiri. Entah kami pun tidak tahu apa Dr Zul lakukan sebagai Ketua Task Force. Seolah-olah tiada apa-apa yang dilakukan.

Sebagai anak kelahiran negeri Selangor, kini setiap detik risau mengenai ancaman pandemik ini. Rasa diri ini tidak selamat katanya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini