DAP Sanggah PAS, Kerajaan Perpaduan Terus Kekal Selepas PRN

KUALA LUMPUR: Ramalan PAS kononnya Kerajaan Perpaduan akan runtuh sebaik sahaja Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tidak lagi tidak akan menjadi nyata.

DAP, sebaliknya yakin bahawa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan stabil, malah percaya kerajaan inilah yang akan memacu Malaysia kembali kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara majmuk.

Tan Sri Lim Kit Siang juga menegaskan, jangkaan Perikatan Nasional (PN) bahawa kerajaan hari ini tidak kekal lama adalah mustahil untuk berlaku kerana setiap ahli Parlimen sekarang terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.

“Saya bersetuju dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan sukar dari “segi angka” untuk Kerajaan Persekutuan tumbang selepas pilihan raya umum di enam negeri pada Ogos.

“Ini memandangkan undi tidak percaya tidak akan terjadi di Parlimen kerana ahli-ahli Parlimen tidak lagi boleh menukar parti mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kerajaan Pusat akan tergugat dan tidak mustahil jatuh jika gagasan pembangkang mempertahankan Kelantan, Terengganu, Kedah serta menawan Selangor dan Negeri Sembilan dalam PRN akan datang.

Sekali lagi Kit Siang menegaskan bahawa Malaysia mempunyai matlamat yang lebih besar dan bukan hanya berpolitik.

“Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan selama ini menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia.

“Kita sudah ada permulaan dengan tujuh bulan bersama Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah rakyat Malaysia akan mengabaikan usaha besar untuk menyelamatkan negara atau kembali kepada sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang?

“Inilah pilihan yang perlu dibuat oleh rakyat Malaysia di enam negeri yang berhadapan dengan PRN pada Ogos ini,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles