Dakwaan PN Ada SD Lebih 112 Kerusi Parlimen Adalah Pramatang, Mustahil Dan Tidak Konklusif

KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiusaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa PN telah mempunyai jumlah Surat Akuan (SD) melebihi 112, adalah pramatang. mustagil dan tidak konklusif.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata PH mengambil pendirian berdasarkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid bahawa sebarang akuan berkanun yang lain, atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO adalah tidak sah dan tidak boleh diambil sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Pedana Menteri,”katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, PH telah memasuki fasa rundingan yang serius bersama BN.

Katanya, rundingan itu telah membincangkan perkara-perkara utama yang menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi, dengan meletakkan rakyat dan negara sebagai keutamaan.

“Hasil perbincangan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishamuddin Hussien bahawa satu kenyataan media yang tular menyatakan 10 ahli parlimen UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Mneteri adalah tidak benar.

“Justeru itu, PH berpendirian bahawa kenyataan Setiausaha Agung PN itu adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai,” ujarnya.

Terdahulu, PN dilaorkan telah mengemukakan lebih 112 SD daripada ahli deqan rakyat yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Mneteri.

BBerkaitan

Latest articles