Calon Termuda 24 tahun, Tertua 66 Tahun Bertanding PRN DUN Melaka

MELAKA: Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 menyaksikan perbezaan usia 42 tahun antara calon termuda dan tertua yang disahkan bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Calon termuda, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 24, mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Sementara itu, calon tertua, Mohamad Jaafar, 66, turut mewakili PH bagi kerusi DUN Telok Mas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kedua-dua calon berkenaan merupakan antara 79 calon yang disahkan bertanding pada PRU DUN Melaka ke-16.

Berdasarkan pecahan umur, kumpulan calon berusia 40 hingga 49 tahun mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 33 orang.

Ia diikuti calon berusia 50 hingga 59 tahun seramai 22 orang, manakala 14 calon berusia antara 30 hingga 39 tahun.

Seramai lapan calon pula berusia 60 tahun ke atas, manakala hanya dua calon berada dalam lingkungan umur 18 hingga 29 tahun.

Secara keseluruhan, SPR mengesahkan 65 calon lelaki dan 14 wanita bertanding pada pilihan raya negeri itu.

Tempoh rasmi berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus pilihan raya sehingga 11.59 malam, 13 November ini.

BBerkaitan

Latest articles