Calon BN Pengkalan Batu Gesa Pengundi Keluar Awal Esok

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood menggesa semua pengundi supaya keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Beliau berkata, pengundi disaran merancang perjalanan ke pusat pengundian lebih awal bagi memastikan proses membuang undi berjalan lancar.

Siti Aishah berkata demikian ketika ditemui pada hari terakhir kempen PRN Melaka, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera, petugas parti serta penyokong BN yang telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Penghargaan itu turut ditujukan kepada semua pihak yang membantu gerak kerja kempen calon-calon BN di seluruh negeri sepanjang pilihan raya kali ini.

Esok, para pengundi akan menentukan pilihan masing-masing selepas tamatnya tempoh berkempen, sekali gus menjadi penentu kepada pembentukan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.

BBerkaitan

Latest articles