Biarlah PH, PN Bergabung Tubuh Kerajaan

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Barisan Nasional (BN) sedia jadi pembangkang yang bertanggungjawab untuk menjalankan ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, BN terima keputusan rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

Justeru, Ahli Parlimen itu mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung tubuh kerajaan memandangkan mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN.

“Maka kami ini tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Mohamad berkata jika bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, parti itu tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

Namun ujar beliau, sekiranya masih tidak dapat menubuhkan kerajaan, justeru jangan salahkan BN.

“Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

“Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua, ” tulisnya.

Tengah hari tadi, kepimpinan BN yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perbincangan dengan PH di sebuah hotel di ibu kota.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kata putus dimuktamadkan kedua-dua parti sama ada akan membentuk Kerajaan Persekutuan campuran BN-PH.

BBerkaitan

Latest articles