KUALA LUMPUR: Semua penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajib memakai pelitup muka berkuatkuasa 1 Januari 2023.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS), menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan langkah itu sebagai satu kaedah meningkatkan tahap kebersihan.
Tindakan kompoun akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan tersebut.
“Semua penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor wajib mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.
“Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan,” katanya.