Azeez, Irwan Ditahan SPRM, Bakal Direman Esok

KUALA LUMPUR: Dua bekas pemimpin kanan kerajaan dan institusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga TH dilaporkan hadir ke SPRM tengah hari tadi sebelum ditahan kira-kira jam 4 petang.

Mohd Irwan Serigar, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang pernah menganggotai Lembaga Pengarah TH, turut ditahan pada petang sama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu.

Menurut SPRM, kedua-dua individu berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.

Penahanan itu dilihat sebagai perkembangan penting dalam siasatan berhubung isu pengurusan serta kedudukan kewangan TH yang pernah diketengahkan menerusi laporan RCI.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah isu yang berlaku ketika Azeez menerajui institusi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber mendakwa beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut berdepan kemungkinan didakwa Jumaat ini susulan siasatan berkaitan dakwaan pelbagai salah laku ketika berada dalam pentadbiran kerajaan.

Sumber berkenaan mendakwa terdapat beberapa nama yang dikaitkan dengan kes berkenaan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai skala tindakan susulan siasatan yang sedang dijalankan.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung kemungkinan pendakwaan terhadap pemimpin UMNO dan BN berkenaan masih belum disahkan secara rasmi oleh SPRM.

BBerkaitan

Latest articles