Anwar Tidak Memohon Pengampunan Penuh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membuat permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong atas tuduhan liwat yang disabitkan ke atas beliau.

Sebaliknya, Anwar berkata ia adalah inisiatif Sultan Muhammad V yang mengikuti perkembangan perbicaraan mengenai kes itu dan menganggap kes berkaitan ada ‘pelanggaran prinsip keadilan’ (travesty of justice).

Bahkan, menurut Presiden PKR itu, Sultan Muhammad V berkenan untuk menelefon sendiri untuk memberikan pengampunan kepada diri beliau yang pada ketika berada di pusat rehabitasi.

“Soal pengampunan penting, yang mengambil inisiatif adalah Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, yang menelefon saya, semasa saya di pusat rehabilitasi.

“Menelefon menyatakan, ‘Saya (Sultan Muhammad V) akan memberi pengampunan penuh kerana saya (Sultan Muhmmad V) mengikuti perkembangan perbicaraan saudara.

“Saya quote perkataan diguna Yang di-Pertuan Agong, travesty of the justice atau pelanggaran prinsip keadilan. Oleh demikian saya (Sultan Muhammad V) beri pengampunan penuh sesegera mungkin, yang perdana menteri pada itu menangguh sehingga 10 hari,” kata Anwar.

Anwar menjelaskan perkara itu dalam Dewan Rakyat hari ini selepas beberapa ahli Parlimen menimbulkan isu pengampunan terhadap dirinya semalam.

Anwar pada 2018 mendapat pengampunan penuh daripada Sultan Muhammad V sejurus perubahan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anwar sebelum itu dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya ketika itu dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

“Ini saya perlu jelaskan keabsahan dan secara moral. Saya tidak memohon pengampunan kerana saya diugut.

“Kita bantah kehakiman yang melanggar prinsip hukum, mengadakan, membuat pertuduhan peristiwa di bangunan yang belum ada.

“Dan memaksa orang menjadi saksi, atau mengambil siasatan sebelum laporan polis dibuat,” tegas Anawar.

BBerkaitan

Latest articles