Anwar Akan Ziarah Jenazah Siti Hasmah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menziarahi jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya media sama ada beliau akan menziarahi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meninggal dunia pagi tadi.

“Ya, nanti (saya akan pergi),” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan International Future Conference 2026 (IFC 2026) di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), hari ini.

Pemergian Allahyarham Siti Hasmah sebelum ini disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, selepas dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 100 tahun dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9.20 pagi.

Jenazah Allahyarham dijangka menerima kunjungan ahli keluarga, kenalan rapat serta pemimpin negara sebelum urusan pengebumian dilaksanakan.

BBerkaitan

Latest articles