Ambil Alih Parti Baru, Rafizi Dan Nik Nazmi Lepas Kerusi Pandan, Setiawangsa

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, hari ini mengumumkan melepaskan kerusi Parlimen Pandan sekali gus mengesahkan pengundurannya daripada PKR.

Pengumuman itu dibuat ketika program hala tuju politik yang turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang turut mengambil langkah sama dengan mengosongkan kerusi Parlimennya.

Menurut Rafizi, peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Pandan akan berkuat kuasa mulai esok, Isnin.

“Saya, Rafizi Ramli, mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen Pandan berkuat kuasa esok,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Dalam perkembangan sama, kedua-dua pemimpin itu turut mengumumkan keputusan meninggalkan PKR selepas mengumumkan mengambil alih Parti Bersama Malaysia sebagai hala tuju politik terbaru mereka.

BBerkaitan

Latest articles