Ahli Parlimen Lubok Antu Umum Keluar PKR Dan Sokong Kerajaan Perikatan Nasional

Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @Jugah anak Muyang yang mewakili PKR sebelum ini mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan dalaman parti-parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sehingga tumbangnya kerajaan pimpinan gabungan parti itu.

 

Tambahnya lagi beliau telah berbincang dengan para penyokongnya  dan mereka bersetuju agar beliau  menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional demi kebaikan dan pembangunan kawasan Lubok Antu.

“ Saya berikrar menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional Yang diketuai Oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin. Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan negeri Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Yang diketuai YAB Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg Ketua Menteri Sarawak demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubok Antu “

Dengan ini, saya mengumurnkan untuk keluar dari PKR dan kekal menjadi Ahli Parlimen Bebas Yang menyokong penuh Kerajaan Perikatan Nasional serta kerajaan GPS di negeri Sarawak katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles