Adun Warisan, UPKO sertai STAR menyokong Perikatan Nasional?

KOTA KINABALU – Beberapa pemimpin Adun Warisan yang sebelum ini pernah dalam BN dijangka keluar Warisan dan menyertai parti pembangkang negeri seperti Bersatu, UMNO, STAR, PBRS dan PBS dalam dalam masa terdekat, bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut tular ialah pengumuman Adun Kuamut Datuk Masiung Banah bekas Naib Presiden UPKO yang menyertai Warisan November 2018 bakal menyertai parti baharu mengukuhkan KDM di Sabah.

“Kemungkinan besar saya akan bertukar jenama lagi. Tunggulah satu minggu ini”. Katanya

Menurut sumber terdapat Adun dari pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM) akan membentuk blok baharu bersama Parti STAR yang diPengerusikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Ada Adun Warisan dan UPKO mewakili KDM telah mengesahkan akan keluar untuk menyokong Perdana Menteri.

“ Tiada apa yang boleh ditunggu di bawah pimpinan Kerajaan Warisan, jadi kita tunggu la”. katanya ringkas kepada TherakyatInsight

Desas-desus sebelum ini melalui portal tempatan Kerajaan Negeri pimpinan Warisan akan bertukar nampaknya bukan omongan kosong dan sangat berasas.

Beliau ketika ditanya mengenai usaha menarik Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di Sabah menyertai Perikatan Nasional, bagaimanapun enggan memaklumkan secara jelas namun mengesahkan beberapa Ahli Parlimen PH menyokong Tan Sri Muhyiddin

“Ahli Parlimen DAP, PKR dan Warisan memang ada yang telah memberikan Akuan Bersumpah (SD) kepada Tan Sri Muhyiddin, namun biarlah dirahsiakan dulu, ia akan diumumkan kemudian,” katanya.

 

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Umno, PAS Daftar Muafakat Nasional Secara Rasmi

Kedua-dua parti di dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) iaitu Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Dr Asri: Berpolitik Jangan Sampai Rakyat Benci

Daripada terus berpolitik dan berebut kuasa, kesemua ahli politik di negara ini diseru untuk mengutamankan masalah rakyat apatah lagi yang semakin terhimpit dengan pandemik...

Mesyuarat MN Bincang Penyertaan Bersatu Malam Tadi Dibatalkan

Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang sepatutnya diadakan malam tadi untuk membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibatalkan pada saat akhir, selepas...

Muhyiddin Sedia Rombak Kabinet Untuk Tenangkan Umno?

Dilaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbincang mengenai kemungkinan merombak Kabinet selepas wujud ketidakpuasan di kalangan pemimpin Umno sehingga memberi...

Tragedi Sebelum Kahwin, Wanita Maut Selepas Buat Rawatan Sedut Lemak

Seorang bakal pengantin wanita maut selepas mendapatkan rawatan sedut lemak di sebuah pusat rawatan kecantikan di Pusat Beli Belah Velocity Mall, Cheras, Sabtu lalu. Mangsa...