Adakah Surat SUK Bersatu Berdasarkan Surat Pemakluman Ini ?

Selepas isu penamatan keahlian 5 Ahli Parlimen Bersatu hari ini, tular pula surat pemakluman kedudukan tempat duduk Ahli Parlimen Langkawi dan juga Jerlun ketika majlis pembukaan rasmi persidangan Dewan Rakyat penggal ketiga yang berlangsung 18 Mei lalu.

Menerusi surat yang dilihat TheRakyatInsight Pengerusi Parti Bersatu yang juga Mantan Perdana Menteri ke-7 itu telah memaklumkan kedudukan kerusinya yang duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Surat yang dialamatkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan undang-undang), YB Dato Takiyuddin Hassan bertarikh 15 mei 2020 itu adalah jelas mengenai kedudukan meraeka semasa majlis pembukaan rasmi sidang Dewan Rakyat penggal ke-3, Palimen Ke-14 itu.

Surat itu tular dalam laman sosial sejak malam tadi.

Melalui surat dengan perkara yang sama bertarikh 13 April 2020 pula, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir juga turut memaklumkan bahawa kedudukan kerusinya adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

 

Menurut fasal 10.2.2 serta 10.2.3 perlembagaan parti keahlian parti terhenti apabila ahli mengisytiharkan keluar dari parti. Manakala 10.2.3 menyatakan keahlian terhenti jika ahli menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain.

Apakah maksud di kedudukan Kerusi yang tidak menyokong Kerajaan dan bagaimana individu di dalam parti boleh memberitahu bahawa mereka berada di dalam kedudukan tidak menyokong kerajaan sedangkan Presiden mereka adalah merupakan seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan hari ini.

SERTAI BLOK PEMBANGKANG, KEAHLIAN TUN M, MUKHRIZ SERTA 3 MP BERSATU TERHENTI SERTA-MERTA- SUK BERSATU

Dalam pada itu, memetik kenyataan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, berdasarkan perlembagaan Bersatu, ahli yang menyertai kelompok pembangkang boleh menyebabkan keahlian seseorang itu gugur dengan sendiri.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara ini susulan kesal dengan tindakan segelintir Ahli Parlimen Bersatu yang memilih untuk duduk bersama barisan parti pembangkang dalam pembukaan sidang Parlimen tempoh hari.

“Setiap parti ada disiplinnya. Semua ahli perlu hormati disiplin parti. Sebenarnya parti tidak lagi perlu kenakan tindakan disiplin, sebab keahlian gugur dengan sendiri. Suburkan semangat ‘rule of law’ yang kita pegang, parti perlu segera semak status keahlian semua tanpa rasa takut,”katanya.

BBerkaitan

Latest articles