Abang Jo Menang Bergaya Di DUN Gedong

KUCHING: Meskipun di kerusi baru,Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kemampuannya untuk menang mudah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dengan majoriti besar 3,607 undi.

Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 4,310 undi dengan menewaskan tiga calon muka baharu daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini yang memperoleh 703 undi, Kamal Bujang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) 94 undi dan Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) 157 undi.

Dua calon iaitu Kamal dan Tomson turut hilang deposit.

Keputusan rasmi DUN itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ini merupakan kali pertama Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding di DUN baharu

selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2015.

Sebelum ini, Abang Johari mempertahankan kerusi DUN Satok selama sembilan penggal.

BBerkaitan

Latest articles