Anwar Arah Siasatan Menyeluruh, Telus Kematian Pelajar Di Perak

KUALA LUMPUR: Tiada ruang untuk sebarang kecuaian atau aspek terlepas daripada penelitian dalam siasatan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi merungkai punca sebenar kejadian.

Beliau menegaskan, segala aspek perlu diteliti bagi memastikan keadilan ditegakkan, selain mengelakkan insiden seumpama itu daripada berulang.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang sedang berdepan kehilangan insan tersayang.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan insiden berkenaan dan mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama penuh kepada polis.

JPN turut menyelaras khidmat bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan emosi mereka terus terpelihara.

BBerkaitan

Latest articles