Fazley Yaakob Lamar Vida Dengan 1,200 Dron Di KLCC

KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam bulan menjadi bualan ramai, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya membuktikan keseriusan hubungannya dengan Datuk Seri Vida (DSV) menerusi lamaran romantis di KLCC, malam tadi.

Lebih menarik, kejutan bernilai RM500,000 itu diserikan dengan pertunjukan 1,200 dron yang membentuk mesej ‘Nak duduk Ipoh ke KL’, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Fazley turut menghadiahkan Vida sebentuk cincin eksklusif berbentuk tiara bernilai RM7,000 sebagai simbolik lamaran, namun menegaskan ia bukan cincin pertunangan rasmi.

Menurut Fazley, perancangan itu dibuat sejak dua hingga tiga minggu lalu, termasuk persiapan intensif selama hampir 14 hari.

Katanya, lamaran yang disiarkan secara langsung menerusi TikTok itu dipilih kerana platform berkenaan cukup dekat dengan Vida dan pengikutnya.

Lebih istimewa, anak-anak kedua-dua pihak turut menyaksikan detik berkenaan, malah membantu menyerahkan cincin kepada Vida.

Fazley berkata, beliau juga terlebih dahulu mendapatkan restu ibu Vida sebelum melaksanakan kejutan itu.

Hubungan pasangan berkenaan mula mendapat perhatian selepas mereka terbabit dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada Mei lalu.

Lamaran itu sekali gus menjawab spekulasi ramai yang sebelum ini mempersoalkan sama ada hubungan mereka benar-benar serius atau sekadar gimik media sosial.

BBerkaitan

Latest articles