KUALA LUMPUR: Kepulangan Datuk Seri Najib Razak ke kediamannya di Langgak Duta malam ini masih sukar dipercayai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah berkata, beliau seolah-olah masih bermimpi apabila suaminya akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas sekian lama.
“Alhamdulillah… terima kasih. Saya masih rasa seperti perlu mencubit diri sendiri (masih tidak percaya),” katanya memetik BH.
Beliau turut mengesahkan Najib, bekas Perdana Menteri, sudah selamat tiba di kediaman mereka malam ini.
Kepulangan itu menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah, selepas arahan baharu dikeluarkan mahkamah petang tadi.










