Zahid Cabar Rayer, Sedia Dedah Bukti Pembatalan SST Projek Sabah, Sarawak

JASIN: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, berhubung dakwaan beliau cuba mensabotaj kerajaan, sambil menegaskan kenyataannya mengenai pembatalan projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak bersandarkan fakta.

Timbalan Perdana Menteri itu malah bersedia mendedahkan surat arahan pembatalan Surat Setuju Terima (SST) projek berkenaan bagi membuktikan dakwaannya.

“Saya mempunyai bukti surat arahan yang dikeluarkan. Saya boleh tunjukkan kepada Ahli Parlimen Jelutong. Saya takut beliau ditimpa dengan penuh kemaluan,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Peringkat Negeri Melaka 2026 di Dewan MPJ Alamanda, hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, isu berkenaan bukan sekadar penangguhan projek, sebaliknya membabitkan arahan pembatalan SST yang sudah dan akan dikeluarkan.

Semalam, Rayer menuduh Zahid cuba mensabotaj kerajaan susulan kenyataannya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 bahawa beberapa projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi 2026 dibatalkan walaupun peruntukan sudah disediakan.

Zahid turut menyindir Rayer yang disifatkannya sering lantang menyerang di Parlimen, termasuk ketika berada di blok pembangkang.

BBerkaitan

Latest articles