Cuti Bersalin Dikongsi Suami Isteri? Nancy Sedia Teliti Cadangan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia meneliti cadangan membolehkan cuti bersalin dikongsi antara suami dan isteri bagi memberi ruang kepada ibu bapa menguruskan penjagaan bayi selepas kelahiran.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyifatkan cadangan itu sebagai langkah baik yang membolehkan pasangan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, susulan cadangan Rodziah Ismail (PH-Ampang) supaya kemudahan berkenaan dikaji semula.

Rodziah berkata, perkongsian cuti itu dapat membantu pasangan bergilir-gilir menjaga bayi, terutama jika anak mengalami masalah kesihatan seperti jaundis yang memerlukan perhatian tambahan.

Ketika ini, pekerja wanita di Semenanjung Malaysia dan Labuan layak mendapat cuti bersalin minimum 98 hari, manakala pekerja lelaki yang memenuhi syarat diberikan cuti paterniti berbayar selama tujuh hari berturut-turut.

Cadangan itu bertujuan memberikan lebih fleksibiliti kepada ibu bapa, khususnya dalam tempoh awal selepas kelahiran yang memerlukan komitmen penjagaan daripada kedua-dua pihak.

BBerkaitan

Latest articles