Mahkamah Tetapkan 7 Disember Bagi Semakan Penggantungan PN

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan mengetahui perkembangan cabaran undang-undangnya terhadap perintah penggantungan aktiviti gabungan itu pada 7 Disember depan apabila permohonan semakan kehakiman didengar di Mahkamah Tinggi.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pendengaran ditetapkan pada 2.30 petang di hadapan Hakim Datuk Azizan Md Arshad.

RoS sebelum ini mengarahkan semua aktiviti PN digantung berkuat kuasa 23 September lalu di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Pada 13 Oktober, mahkamah menolak permohonan PN untuk menangguhkan sementara pelaksanaan arahan itu, namun membenarkan gabungan berkenaan meneruskan prosiding semakan kehakiman.

PN bersama empat parti komponennya memfailkan permohonan berkenaan pada 5 Oktober lalu, dengan mendakwa penggantungan itu menjejaskan aktiviti politik mereka, termasuk penggunaan nama dan logo gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

BBerkaitan

Latest articles