Isu Baja Dikatakan Bahan Bom: KPKM Tunggu Laporan KDN, KLN

SERDANG: Kerajaan tidak akan mengambil tindakan terburu-buru menghentikan eksport baja ke negara jiran, berikutan dakwaan bahan itu dari negara ini dijadikan bahan menghasilkan bom buatan sendiri (IED) oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya setakat ini masih menunggu laporan siasatan pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar (KLN) sebelum sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata, sebarang siasatan berhubung perkara itu sebenarnya bukan di bawah bidang kuasa KPKM.

“Itu (dakwaan isu SBBPKP dijadikan IED) bukan bawah kementerian ini.

“Segalanya bergantung kepada laporan KDN dan Kementerian Luar. Kita tidak boleh siasat hal kementerian lain.

“Bagi kita, pembekalan baja kepada petani akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pemerkasaan Industri Benih Tanaman Negara sempena MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Pihak berkuasa Thailand sebelum ini merampas kira-kira 520 kilogram (kg) baja urea dalam satu operasi di Mukim Koh Sathon, Tak Bai, Jumaat lalu.

Baja di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang dibekalkan anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) didakwa dijadikan bahan bagi menghasilkan bom buatan sendiri (IED) oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Mengulas mengenai isu kelewatan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Mohamad berkata, ia akan diselesaikan segera dengan penghantaran baki bekalan dijadualkan bermula hari ini.

Katanya, masalah kelewatan pembekalan baja itu bukan kali pertama berlaku dan pihak KPKM sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik.

“Memang kita sudah pun mengatasi masalah itu dan hari ini kita membatalkan kontrak dan menggantikan dengan NPK Fertilizer Sdn Bhd, anak syarikat NAFAS.

“Ia diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan baki pembekalan Baja 3 kepada pesawah yang terjejas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan MADA masih belum menerima baja tambahan, sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini.

BBerkaitan

Latest articles