Jerebu: Operasi Pembenihan Awan Di Sarawak, Kedah Dan Perlis Bermula 3 Sept

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Sarawak, Kedah dan Perlis selama tiga hari bermula 3 September ini susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk di negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata operasi itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, di Sarawak, operasi pembenihan awan akan memberi tumpuan kepada lapan lokasi strategik iaitu Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang.

“Di Kedah, operasi akan dilaksanakan di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris, manakala di Perlis membabitkan Empangan Timah Tasoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026, hari ini.

Operasi berkenaan dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 September, dengan pelaksanaannya bergantung kepada keadaan atmosfera dan kesesuaian awan bagi memastikan usaha menghasilkan hujan dapat dilakukan secara berkesan.

BBerkaitan

Latest articles