Dapat Jemputan Muktamar PAS, Zaid Bidas Pihak Label Parti Ekstremis

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti yang prihatin dan menghargai ahlinya, meskipun sekadar ahli biasa tanpa jawatan.

Menurut beliau, pengalaman menerima jemputan ke Muktamar Tahunan PAS yang bakal berlangsung pada awal September ini membuktikan parti berkenaan sentiasa menjaga hubungan dengan ahli di peringkat akar umbi.

“Saya bukannya perwakilan parti, sekadar ahli biasa dan bukannya seorang VIP.

“Namun, saya tetap menerima jemputan untuk menghadiri Muktamar PAS pada awal September ini.

“PAS sangat bertimbang rasa dan tahu bagaimana untuk membuatkan anda rasa dihargai,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Zaid meluahkan rasa terkilan dengan tohmahan sesetengah pihak yang melemparkan tuduhan negatif terhadap parti berkenaan.

Beliau mendakwa pihak yang sering meletakkan label berkenaan sebenarnya mempunyai agenda tersendiri di sebalik imej liberal yang ditampilkan kepada umum.

“Sebab itu rasa sedih apabila membaca kenyataan sesetengah pihak yang mengkritik PAS sebagai parti yang tegar dan ekstrem.

“Kini saya tahu siapa mereka yang sebenarnya; mereka adalah golongan fasis dan ekstremis yang berselindung di sebalik imej liberal,” ujar beliau lagi.

BBerkaitan

Latest articles