KUALA LUMPU: Legenda bola sepak Brazil dan bekas pertahanan terkemuka Real Madrid, Roberto Carlos, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengucapkan dua kalimat syahadat di São Paulo, Brazil, baru-baru ini.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa berdasarkan kenyataan Anggota Parlimen Turki, Ali Sahin, maklumat berkenaan diperoleh hasil pertemuannya dengan tokoh komuniti Muslim terkemuka Brazil, Syekh Jihad Hamadah.
Sahin menerusi satu hantaran di platform media sosial menyatakan bahawa Syekh Jihad Hamadah, yang juga Penasihat Agama Asosiasi Jurish Islam Brasil (ANAJI), mengesahkan bekas pemain berusia 53 tahun itu telah berhubung dengannya sebelum hadir secara peribadi kira-kira empat minggu lalu untuk melafazkan dua kalimat syahadat.
Laporan media antarabangsa turut mengaitkan perkembangan baharu itu dengan perkahwinannya bersama pengusaha serta agen pemain berlesen FIFA berdarah Maroko-Spanyol, Souhaila El Tahiri, yang dilangsungkan secara tertutup.
Carlos, yang pernah memenangi Piala Dunia 2002 bersama skuad kebangsaan Brazil serta menikmati pelbagai kejuaraan domestik dan Eropah bersama Real Madrid serta Fenerbahce, diiktiraf sebagai antara pertahanan kiri terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Carlos atau wakilnya berhubung laporan berkenaan.










