DAP Putuskan Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan Hingga Tamat Penggal

PUTRAJAYA: DAP hari ini membuat keputusan untuk terus berada dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh pentadbiran, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pendirian parti itu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan berkenaan dicapai menerusi undian perwakilan pada Kongres DAP yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), selepas usul khas dikemukakan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin, yang mengumumkan keputusan pengundian berkata, seramai 1,857 perwakilan menyokong DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan, manakala 242 perwakilan memilih untuk parti itu keluar daripada kerajaan.

Kongres berkenaan melibatkan 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak hadir dan mengambil bahagian dalam persidangan.

Keputusan itu dibuat selepas perbahasan yang menyaksikan sebahagian besar perwakilan menyatakan sokongan supaya DAP terus menjadi sebahagian daripada pentadbiran Persekutuan.

Walaupun terdapat suara yang melahirkan rasa kurang berpuas hati terhadap beberapa aspek prestasi kerajaan, majoriti perwakilan berpandangan bahawa menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan pilihan terbaik.

Mereka turut melihat langkah keluar daripada pentadbiran pimpinan Anwar berpotensi menambah ketidaktentuan politik serta memburukkan lagi keadaan semasa.

BBerkaitan

Latest articles