PN Sedia Jawab RoS Jika Dipanggil, Isu BERSATU Diserah Kepada Parti

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) tidak keberatan untuk berdepan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sekiranya agensi itu mahu mendapatkan penjelasan berhubung kemelut dalaman gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, BERSATU mempunyai hak untuk membawa sebarang dakwaan atau aduan kepada RoS, manakala pihaknya bersedia memberikan kerjasama jika dipanggil.

“Itu hak dia nak buat apa-apa aduan kepada RoS. Jika kita dipanggil untuk beri penjelasan, maka kita akan bagi penjelasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72, malam tadi.

Takiyuddin turut menegaskan bahawa PAS merupakan sebahagian daripada PN dan kepentingan setiap parti dalam gabungan itu sememangnya perlu dibawa menerusi platform berkenaan.

“PAS adalah ahli PN dan sudah tentu akan mempergunakan PN untuk parti-parti dalam gabungan itu,” katanya.

Isu berkenaan timbul selepas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menggesa RoS campur tangan bagi menyelesaikan kemelut yang didakwa berlaku dalam PN.

Beliau sebelum ini mendakwa PAS menggunakan PN untuk kepentingan politik parti itu, termasuk mengambil tindakan secara unilateral yang didakwa mengetepikan hak parti komponen serta bercanggah dengan Perlembagaan PN.

Ketegangan antara parti dalam gabungan itu turut tercetus susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu yang mendakwa keahlian BERSATU dalam PN gugur secara automatik selepas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan gabungan baharu.

BBerkaitan

Latest articles