PAS Hormat Keputusan BERSATU Guna Logo Sendiri, Tak Campur Tangan

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan keputusan BERSATU untuk menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah hak eksklusif parti itu dan tidak akan menjadi isu yang mengganggu hubungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menghormati pendirian rakan komponennya itu dan tidak bercadang mencampuri sebarang keputusan dalaman yang dibuat oleh BERSATU.

“Itu hak mereka dan kita tidak akan campur tangan dalam urusan parti lain,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman berhubung penggunaan logo BERSATU pada PRN Negeri Sembilan.

Dalam masa sama, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi PN mengimbau pendekatan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini apabila parti berkenaan mengarahkan ahli serta penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PAS.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, langkah berkenaan dibuat berdasarkan pertimbangan politik parti, bukannya sebagai tanda PAS mengendurkan komitmennya terhadap kerjasama dalam PN.

Beliau turut mempersoalkan sama ada BERSATU lebih selesa melihat DAP atau Pakatan Harapan (PH) meraih kemenangan di Johor hanya kerana PN tidak meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan.

Terdahulu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menggunakan logo sendiri bagi semua calon yang bertanding pada PRN Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos depan.

BBerkaitan

Latest articles