Hamzah Kembali Terajui Pembangkang

KUALA LUMPUR: Kedudukan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat akhirnya terjawab apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, mengesahkan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kembali memegang jawatan tersebut berkuat kuasa mulai 18 Jun lalu.

Pengumuman itu dibuat ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini, sekali gus menjelaskan perubahan kepimpinan yang berlaku dalam blok pembangkang sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut Johari, Hamzah sebelum ini memegang jawatan Ketua Pembangkang sehingga 20 Mei 2026 sebelum tugas berkenaan disandang Ahli Parlimen Kemaman bermula 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

“Yang Berhormat Larut adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei 2026. Selepas itu Yang Berhormat Kemaman telah menjadi Ketua Pembangkang mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026 dan kini Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun 2026 telah kembali menjadi Ketua Pembangkang. Tahniah Larut,” katanya di Dewan Rakyat.

Pengesahan rasmi itu menarik perhatian ahli-ahli Parlimen kerana berlaku selepas beberapa perubahan dalam struktur kepimpinan pembangkang dalam tempoh yang singkat.

BBerkaitan

Latest articles