Rafizi Terima Notis Saman Kedua Isu Sistem Pekerja Asing

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau kini berdepan satu lagi tuntutan saman berkaitan isu sistem penggajian pekerja asing yang sebelum ini mencetuskan perhatian ramai.

Menurut beliau, notis tuntutan terbaru itu difailkan oleh Aminul Islam Abdul Nor, iaitu pengasas dan pemilik kepada Bestinet Sdn Bhd.

Rafizi berkata, perkara berkenaan telah diserahkan sepenuhnya kepada pasukan peguamnya untuk tindakan lanjut.

“Saya telah meminta pasukan peguam menguruskan perkara ini dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas membuat penilaian,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, syarikat terbabit yang mengendalikan sistem Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) telah memfailkan saman terhadap Rafizi, yang kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah tindakan undang-undang terhadap beliau bertambah, selepas laporan terdahulu menyebut Bestinet Sdn Bhd bersama pengasasnya memfailkan saman terhadap 10 pihak termasuk media dan individu, dengan tuntutan ganti rugi dilaporkan melebihi RM1 bilion.

BBerkaitan

Latest articles