Provident Perkukuh Ekosistem Kewangan, Jalin Tiga Kerjasama Strategik

KUALA LUMPUR: Provident Banc Berhad (Provident) perkukuh ekosistem kewangan menerusi kerjasama dengan tiga rakan strategik yang masing-masing membawa kepakaran khusus dalam melengkapkan ekosistem kewangan bagi menghadapi cabaran ekonomi.

Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan dimeterai bersama MicroLEAP PLT, Holborn Capital Partners Sdn. Bhd. dan Peopleperks International Sdn. Bhd., yang dikenali sebagai HariWang.

Usaha itu bagi memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan kewangan pengguna menerusi tiga kerjasama strategik yang menggabungkan kepakaran dalam pembiayaan alternatif, perancangan kewangan, pengurusan kekayaan dan kesejahteraan kewangan pekerja.

“Inisiatif itu dilihat semakin relevan ketika pengguna berdepan tekanan kos sara hidup, perubahan corak peminjaman serta pertumbuhan pesat kemudahan kewangan digital yang menawarkan akses pembiayaan lebih mudah dan pantas,” menurut Provident dalam kenyataan.

Kerjasama tersebut diumumkan bersempena sesi perbincangan panel bertemakan “Kos Sara Hidup, Hutang Digital dan Tekanan Kewangan: Peranan Pembiayaan Islam dalam Membina Kestabilan Kewangan”, yang dianjurkan dengan kerjasama Masryef Academy.

Sesi berkenaan mengetengahkan keperluan memperkukuh daya tahan kewangan masyarakat dengan pendekatan yang tidak hanya tertumpu kepada akses kepada pembiayaan, tetapi turut merangkumi literasi kewangan dan keupayaan pengguna membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

Antara pemimpin industri yang menyertai perbincangan itu adalah Pengarah Eksekutif Provident Banc Berhad, Nor Shahmir Nor Shahid; Bendahari Kehormat Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad dan mantan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Dr. Mustafha Abd Razak; serta Ketua Pegawai Teknologi Co-opbank Pertama, Ts. Zairil Anuar Ahmad.

Turut mengambil bahagian ialah Ketua Pegawai Operasi MicroLEAP, Matthew Fernandez; Ketua Pendidikan Kewangan Isi Rumah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Nirmala Supramaniam; dan Ketua Pegawai Eksekutif MARC Data, Vikraman Kalia Purumal.

Perbincangan yang dikendalikan oleh pendukung literasi kewangan, Peter Yong atau lebih dikenali sebagai Mr. Money TV, turut menekankan cabaran yang timbul susulan perkembangan pembiayaan digital.

Menurut Nor Shahmir, konsep pembiayaan bertanggungjawab perlu melangkaui penyediaan akses kepada dana semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira keperluan pelanggan serta membantu mereka membuat keputusan kewangan secara lebih bermaklumat.

Beliau berkata pendekatan tersebut memerlukan kerjasama erat antara pelbagai pemain industri bagi membangunkan penyelesaian yang telus, mudah diakses dan benar-benar memberi manfaat kepada pengguna.

“Pembiayaan bertanggungjawab bukan sekadar menyediakan akses kepada dana, tetapi turut melibatkan usaha memahami keperluan pelanggan dan membantu mereka membuat keputusan yang bermaklumat.

BBerkaitan

Latest articles