Wanita Diraba Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat Pudu, Suspek Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berhenti di lampu isyarat di kawasan Jalan Pudu, berhampiran Balai Bomba Pudu, dalam kejadian yang tular di media sosial.

Menurut perkongsian yang beredar di platform Threads, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian didakwa diraba oleh seorang lelaki yang secara tiba-tiba menghampirinya ketika menunggu lampu isyarat.

Tindakan berani suspek yang memanjat motosikal dan menyentuh bahagian sensitif mangsa mencetuskan kemarahan ramai, selain menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan wanita di tempat awam.

Difahamkan, kejadian itu bukan kes terpencil apabila beberapa insiden serupa turut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan berkenaan pada hari sama.

Rakan mangsa mendakwa mereka cuba menjejaki suspek di sekitar lokasi kejadian selepas insiden tersebut.

Sementara itu, wanita yang dipercayai mangsa dalam video tular tampil memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat dan suspek telah berjaya ditahan pihak berkuasa.

Menurutnya, lelaki terbabit akan dihantar untuk penilaian sama ada mempunyai masalah mental atau sebaliknya, sebelum tindakan lanjut diambil.

BBerkaitan

Latest articles