Akmal Tempelak DAP, Bertindak Kalau Berani, Tak Usah Ugut PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar DAP supaya keluar daripada Kerajaan Madani serta-merta jika benar tidak berpuas hati dan bukannya mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin DAP sebagai hanya “sembang kencang”, namun masih kekal dalam kerajaan kerana didakwa sayangkan jawatan dan elaun.

“Kalau berani, jalanlah sekarang. Jangan acah-acah ugut PM,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada gesaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mendesak tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki susulan isu pemilikan saham yang dilaporkan media antarabangsa.

Poay Tiong memberi amaran keras di Dewan Rakyat bahawa “He go or we go”, merujuk kepada desakan agar Azam meletakkan jawatan atau DAP mempertimbangkan pendirian mereka.

Mengulas hal itu, Akmal mempersoalkan sama ada DAP benar-benar mempunyai keberanian untuk meninggalkan kerajaan atau sekadar bermain retorik politik.

BBerkaitan

Latest articles