KUALA LUMPUR: Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap memberangsangkan, sekali gus membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti dijadualkan.
Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid, berkata keputusan itu diperoleh selepas pemeriksaan kesihatan berkala dijalani Perdana Menteri di hospital itu hari ini.
“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.
“Ia demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA










