JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta, Chia Tong Hong, 34, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan termasuk membunuh isteri dan anak lelakinya yang berusia lima tahun, dalam kejadian Disember lalu.
Tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan bagi dua tuduhan membunuh isterinya, Phun Lai Ling, 37, dan anak mereka, Aaden Chia Yee Heng, di sebuah rumah di Bandar Dato’ Onn antara 30 Disember 2025.
Beliau turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghalang siasatan dengan mengubah kedudukan mayat anaknya serta melupuskan kuku palsu isterinya bagi menghapuskan bukti.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302, 186 dan 201 Kanun Keseksaan. Tertuduh tidak dibenarkan jaminan.
Kes akan disebut semula pada 17 Mac sementara menunggu laporan forensik, DNA dan toksikologi.










