Dua Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Ketika Berbasikal

YAN: Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun maut selepas basikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Sedaka Tengah, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi itu mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Yan, Mohamad Hamizi Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan pihaknya menerima laporan awal daripada orang awam pada jam 9.25 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua penunggang basikal kanak-kanak.

“Dua kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan lengkap,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BBerkaitan

Latest articles