Jalan Bonus Masjid India Ditutup Sementara, DBKL Siasat Kejadian Mendapan

KUALA LUMPUR: Laluan di Jalan Bonus, berhampiran kawasan Masjid India, terpaksa ditutup sementara pagi ini selepas berlaku mendapan pada permukaan jalan berhampiran premis Bombay Jewellery.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu dikesan sekitar 8.39 pagi, sebelum pasukan teknikal digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan segera.

“Laluan kenderaan dari Masjid India 4 berhampiran masjid hingga ke kawasan terjejas ditutup buat sementara waktu bagi tujuan keselamatan,” jelas DBKL.

Menurut agensi itu, pasukan siasatan melibatkan DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kini berada di lokasi bagi mengenal pasti punca mendapan.

DBKL menegaskan, kerja-kerja pemantauan dan pemeriksaan teknikal akan diteruskan sehingga kawasan berkenaan disahkan selamat untuk digunakan semula.

“Perkembangan lanjut mengenai situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles