Akmal Sindir Menteri DAP, Dulu Gah Bela Kebebasan Media, Kini Wartawan Diugut

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, membidas tindakan seorang pemimpin DAP yang didakwanya berubah sikap selepas menyertai kerajaan, apabila kini dikatakan tidak mampu menerima soalan wartawan dengan terbuka.

Menurut Akmal, pemimpin berkenaan sebelum ini lantang mempertahankan kebebasan media ketika berada di blok pembangkang, namun kini dilihat “mudah koyak” apabila berdepan pertanyaan daripada wartawan.

“Dulu bukan main gah bercakap soal kebebasan media. Sekarang bila dah jadi menteri, dengan soalan wartawan pun boleh koyak. Siap ugut nak ambil tindakan pula. Apa bingai punya menteri!” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Beliau mengulas insiden tular baru-baru ini ketika sidang media pra pelancaran projek “I Lite U” sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, di mana seorang wartawan didakwa diugut selepas mengajukan soalan kepada seorang menteri.

Walaupun Akmal tidak menyebut nama individu terbabit, insiden tersebut dipercayai merujuk kepada seorang menteri yang dikatakan cuba menghubungi editor Utusan Malaysia selepas tidak berpuas hati dengan pertanyaan yang diajukan.

BBerkaitan

Latest articles