Mayat Wanita Dilapor Hilang Ditemui Dalam Kereta, Disyaki Meninggal Beberapa Hari Lalu

KUCHING: Penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di kawasan parkir bertingkat di sini petang tadi mengejutkan orang ramai, selepas bau busuk yang kuat dari kenderaan itu mencetuskan kebimbangan sekitar jam 3 petang.

Menurut sumber, siasatan awal polis percaya wanita berkenaan telah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya ditemui.

Mangsa dipercayai individu sama yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu, selepas dilihat keluar seperti biasa namun gagal pulang ke rumah.

Kereta yang ditemui di lokasi kejadian juga sepadan dengan kenderaan yang dipandu wanita terbabit sebelum dilaporkan hilang.

Susulan itu, kawasan parkir berkenaan telah ditutup bagi memudahkan siasatan forensik dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, ketika dihubungi media masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan identiti mangsa dijangka akan disahkan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

BBerkaitan

Latest articles