Sudah Lama Tidak Berhubungan Seks Punca Lelaki Hidap HIV Cabul 3 Wanita

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis selepas bertindak mencabul tiga orang wanita di bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh, dalam kejadian berasingan.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hasan berkata, pihaknya menahan suspek pada semalam selepas menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa.

”Ketiga-tiga mangsa yang membuat laporan polis setelah video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita menjadi tular di media sosial.

”Mangsa pertama berusia 26 tahun melaporkan ianya telah dicabul oleh orang yang disyaki (OYDS) pada 6 Mac 2025, manakala mangsa kedua dan ketiga berusia 23 tahun dan 27 tahun membuat laporan polis pada 10 Mac 2025.

”Kesemua mangsa menyatakan dicabul semasa sedang berjalan kaki bagi membeli juadah berbuka, OYDS secara kasar telah melanggar badan mereka dengan sengaja seterusnya menyentuh dada dan punggung mereka dengan menggunakan tangan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata, saksi merupakan pemilik akaun TikTok bernama @zackrazbubdle telah merakam perlakuan lelaki berkenaan dan memuat naik ke media sosial TikTok.

Malah tindakan tidak senonoh itu dilakukan lelaki berkenaan kerana sudah lama tidak berhubungan seks selepas disahkan positif HIV.

”OYDS mengakui terlibat dalam kes yang disiasat. Modus operandi adalah berjalan kaki dan dengan sengaja melanggar badan mangsa dan menyentuh bahagian badan.

”Suspek menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dirinya yang menghidap HIV Positif sejak 13 tahun yang lalu.” tambahnya.

Suspek direman hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan serta siasatan masih dijalankan.

BBerkaitan

Latest articles