Tunda Lagi, Rakaman Percakapan Ismail Sabri Dijadual 13 Mac Kerana Masih MC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa menunda sekali lagi sesi rakaman percakapan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabatnya yang sepatutnya dijadualkan pada esok.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tarikh baru proses itu pada 13 Mac depan disebabkan faktor kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

“Sepatutnya beliau dijangka hadir esok, namun ia tidak dapat dilakukan kerana beliau masih dalam cuti sakit. Oleh itu, beliau akan hadir pada 13 Mac ini bagi dirakam keterangannya,” kata Azam.

Kehadiran Ismail Sabri ke SPRM kali ini merupakan yang kedua selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari selepas itu, empat individu, termasuk dua bekas pegawai kanan Ismail Sabri, ditahan SPRM untuk siasatan lanjut, dan serbuan dilakukan di tiga premis.

Azam juga melaporkan bahawa pihaknya menemui wang tunai pelbagai mata wang bernilai RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominum yang dipercayai digunakan sebagai ‘safehouse’.

Beliau juga berkata Ismail Sabri merupakan suspek dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram itu.

BBerkaitan

Latest articles