Cabul Remaja Usia 14 Tahun, Bapa Saudara Ditahan Polis.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul kehormatan anak saudara perempuannya berumur 14 tahun, di sebuah rumah di Merotai Besar di Tawau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa pada jam 9.12 pagi semalam.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai diketuai Sarjan Gegerahman Mohammad menahan suspek yang berusia 30 tahun pada jam 3.30 petang hari sama.

“Berdasarkan keterangan mangsa, kanak-kanak itu dipercayai dicabul oleh bapa saudaranya semasa dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah neneknya di Merotai Besar di sini.

“Suspek didakwa mendekati mangsa lalu bertindak mencabul budak itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Jasmin berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles