Pelakon Terkejut Kemaluan Dihisap Selepas Selesai Dandan Rambut, Urut Badan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini membenarkan reman selama tujuh hari terhadap seorang jurusolek lelaki selepas disyaki melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki di salon rambutnya, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi dalam kenyataannya berkata berkata, suspek direman sehingga 26 Januari bagi siasatan di bawah 377C Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.

“Kejadian berlaku ketika pelakon sambilan itu ke salon rambut suspek di Ayer Keroh, kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu kerana ditawarkan perkhidmatan secara percuma oleh suspek.

“Selesai dandanan rambut, suspek menawarkan servis baru iaitu urutan badan dan pengadu bersetuju memandangkan telah lama mengenali suspek,” katanya.

Menurut Md Nazri, semasa suspek sedang mengurut bahagian paha pengadu, tiba tiba jurusolek itu telah menghisap kemaluan pengadu sambil memegang pahanya dengan kuat.

“Pengadu berasa amat terkejut dan selepas selesai urutan pengadu terus keluar dari salon dan mengambil masa bertenang sebelum membuat repot polis di Balai Polis Ayer Keroh, Sabtu lalu.

“Sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian menangkap suspek di hadapan premis, di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh Melaka kira-kira jam 4.30 petang semalam,” katanya.

Tambah Md Nazri, pengadu yang masih bujang merupakan anak sulung dari tiga beradik dan bekerja sambilan sebagai pelakon kebudayaan di ibu negara.

Mangsa juga merupakan pelajar tahun pertama di sebuah kolej kemahiran Bangi dan turut menjadi pelakon drama.

BBerkaitan

Latest articles