Malaysia Mahu Kerjasama Lebih Proaktif Bersama Singapura, Indonesia, Jepun

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkukuhkan ekonomi dan sosioekonomi rakyat, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Pengerusia ASEAN pada tahun ini menegaskan Malaysia akan memperhebatkan lagi misi dan objektif negara dalam bersama-sama memajukan rantau ini.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika makan tengahari bersama di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada 9 Januari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further per


Anwar terdahulu menerima kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba sepanjang minggu ini.

“Alhamdulillah, minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura, Indonesia dan Jepun.

“Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin, pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kerajaan MADANI terus komited dalam merencana dan melaksana segala usaha bagi memperkukuh ekonomi negara, sosio-ekonomi rakyat dan memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN demi kemakmuran bersama rantau ini,” katanya.

Ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

BBerkaitan

Latest articles